IPU Tidak Sihat Di Muar, Bukit Rambai Dan Pelabuhan Klang Pagi Selasa

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tiga kawasan iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi Selasa berbanding lima pada Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga 9 pagi Selasa di Muar menunjukkan bacaan 113, Bukit Rambai (115) dan Pelabuhan Klang (104).

Sebanyak 43 kawasan lain mempunyai bacaan IPU sederhana termasuk enam yang menghampiri paras tidak sihat iaitu Banting dengan IPU 92 selain Nilai, Shah Alam, Kemaman, Cheras dan Putrajaya dengan IPU masing-masing 90.

Menurut portal itu lima kawasan mempunyai kualiti udara yang baik iaitu Sandakan, Tawau, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan