Bayi Enam Bulan Disahkan Mati Akibat Tersedak Susu - Berita Semasa | mStar

Bayi Enam Bulan Disahkan Mati Akibat Tersedak Susu

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Bedah siasat mayat bayi perempuan berusia enam bulan yang mati di pusat asuhan Taman Impian Murni, Alma di sini mengesahkan punca kematian bayi itu adalah akibat tersedak susu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata, Hospital Bukit Mertajam telah memaklumkan penemuan susu di dalam paru-paru bayi itu dan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Setakat ini kematian bayi berkenaan tiada mempunyai unsur jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu diasuh oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang juga kenalan ibu bapa mangsa.

"Menurut pengasuhnya, dia memberi bayi itu minum susu sebelum menidurkannya di dalam buaian dan selang kira-kira setengah jam wanita itu mendapati mangsa sudah tidak bernafas," katanya.

Azman berkata, polis telah merekodkan keterangan wanita itu dan ibu bapa mangsa.

Dalam kejadian itu Cyndy Koay Xin Lin ditemui mati oleh pengasuhnya pada kira-kira 11.20 pagi sebelum wanita itu menghubungi keluarga mangsa. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan