55,000 Kanak-Kanak Masih Tidak Memohon MyKad

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sehingga 19 Jun tahun ini, seramai 55,537 kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas masih belum memohon kad pengenalan (MyKad) kali pertama, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara penyumbang kepada masalah ini ialah sikap ibu bapa sendiri yang tidak mengambil berat, selain faktor ekonomi, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Secara keseluruhan, Sabah mencatat jumlah tertinggi kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKad iaitu 8,259 disebabkan banyak kawasan pedalaman.

"Jadi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengerakkan program MY12 untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya mempunyai MyKad," katanya pada sidang akhbar selepas berbuka puasa bersama warga JPN, Selasa.

Ahmad Zahid berkata menerusi program itu, sesi penerangan dengan kerjasama sekolah, pendaftaran di lapangan melalui khidmat Mobile JPN 1Malaysia dan Unit Mobile Kad Pengenalan, akan dilaksanakan.

Beliau berkata selain itu, JPN akan menjalankan program MY18 yang disasarkan kepada permohonan penukaran kad pengenalan apabila mencapai umur 18 tahun hingga genap 25 tahun.

Menerusi program itu, JPN akan memastikan rekod data pengenalan diri setiap individu dikemas kini secara berterusan dan membantu mereka berurusan menggunakan kad pengenalan berkenaan.

"Ia akan dijalankan melalui sesi taklimat dan dialog di sekolah, institusi pengajian tinggi dan kilang," katanya. - BERNAMA.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan