Rosnah Belum Putus Bertanding Jawatan Tertinggi Umno

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang telah melewati usia kelayakan 40 tahun sebagai ketua pergerakan itu, belum memutuskan langkah seterusnya bertanding sebarang jawatan peringkat tinggi parti.

Rosnah, 41, yang menyandang jawatan Ketua Puteri Umno sejak lima tahun lepas berkata beliau belum memutuskan untuk bertanding sebarang jawatan sama ada di peringkat kepimpinan Wanita Umno atau Majlis Tertinggi parti.

"Saya sudah melewati usia untuk berada dalam Puteri Umno dan setakat ini saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anggota pergerakan Puteri seluruh negara," kata Timbalan Menteri Kerja Raya itu kepada pemberita pada majlis penutupan kursus Kontraktor CIDB di sini malam Ahad.

Mengikut Perlembagaan Puteri Umno di bawah Fasal 4, keahlian dan had umur memegang jawatan, ketua Puteri ialah sehingga mencapai umur 40 tahun dan sekiranya penjawat itu telah mencapai umur lebih 40 tahun, tetapi belum tamat tempoh pemilihan untuk penggal pemilihan Majlis Tertinggi, beliau boleh terus berkhidmat.

Had umur yang ditetapkan sebagai anggota Puteri ialah 35 tahun dan belum menjadi anggota Wanita Umno.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan pimpinan Umno akan datang.

"Kita melihat kemungkinan jawatan Ketua Puteri Umno akan dipertandingkan kerana beberapa calon telah menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan