Penebangan Balak, Pengorekan Pasir Punca Sungai Kelantan Cetek

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kegiatan penebangan balak dan pengorekan pasir yang berterusan di Sungai Kelantan dikenal pasti sebagai punca utama sungai berkenaan cetek dan berlaku mendapan sehingga menyukarkan kerja pengaliran air ke sawah padi, di negeri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih merisaukan ia telah memberikan impak pengeluaran padi yang semakin merosot setiap tahun, sekali gus merugikan petani.

"Ini bukan sesuatu yang direka bagi memburukkan kerajaan Kelantan dan jika kerajaan negeri itu tidak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya, masalah ini tidak akan selesai dan rakyat Kelantan terus menjadi mangsa.

"Saya telah diberi taklimat setiap tahun kita mengorek lumpur di hadapan rumah pam membabitkan beratus lori dan saya minta kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk bantu rakyatnya sendiri dan jangan harap kerajaan Persekutuan sahaja untuk melakukannya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pertanian dan berbuka puasa di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, petang Ahad.

Turut hadir Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Ismail Sabri berkata jumlah pengeluaran padi yang diseliakan Kada kini merosot daripada 205,000 tan metrik kepada 192,000 tan metrik dan memberi kesan bukan sahaja kepada petani, malah kepada produktiviti negeri dan negara.

"Di Parlimen saya sebut minta sokongan kerajaan negeri untuk membantu rakyatnya sendiri. Jangan harapkan kerajaan Persekutuan sahaja.

"Betul kita bantu bina rumah pam dan berbagai lagi tapi jika kerajaan negeri tidak bantu seperti atasi penebangan balak dan pengorekan pasir yang berterusan, ia tidak akan dapat selesaikan masalah ini. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan puluhan juta untuk membantu," katanya.

Beliau menegaskan kementeriannya tetap akan berusaha mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Pada Ahad, lebih 3,000 petani di kawasan Kada dilaporkan kehilangan punca pendapatan berjumlah kira-kira RM60 juta apabila 10,000 dari jumlah 18,900 hektar sawah padi mereka tidak dapat diusahakan akibat kekeringan sumber air dari Sungai Kelantan.

Mereka terdiri daripada petani di tiga Jajahan iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Kota Baru. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan