Pasukan Petugas Diwujud Lindungi Kanak-Kanak Dari Jenayah Siber

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Pasukan Petugas Perlidungan Kanak-kanak Dalam Talian untuk memerangi keganasan terhadap kanak-kanak di ruang siber, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, eksploitasi dan jenayah terhadap kanak-kanak menerusi ruang siber semakin berleluasa dan kementerian memandang serius masalah berkenaan.

"Kini, anak-anak kita terdedah kepada bahaya melalui alam siber. Ia begitu berleluasa sekarang, jenayah seperti buli, peras ugut dan pornografi kanak-kanak," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Perlidungan Hak-hak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC) di sini.

Rohani berkata, Timbalan Ketua Setiausaha (strategik) kementerian, Datuk Harjeet Singh ditugaskan untuk mengetuai pasukan petugas itu dan mengemukakan garis panduan komprehensif, secepat mungkin.

"Kami juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) dan agensi berkaitan hal ini," katanya.

Beliau berkata pasukan petugas itu akan mewujudkan rangkaian dalam kalangan pihak berkuasa, ibu bapa dan pihak berkepentingan lain untuk menangani isu berkenaan.

Sementara itu, Harjeet berkata pasukan petugas itu akan meneliti semua aspek berkaitan perlindungan kanak-kanak dari jenayah siber.

"Pertama, kami akan mengeluarkan garis panduan dan dari situ, kita akan mempunyai program sokongan, latihan untuk tenaga pengajar, latihan rakan sebaya, kursus untuk rakan-rakan. Ia akan menjadi penyatuan dalam pelbagai aspek untuk melindungi kanak-kanak di ruang siber," katanya.

Mesyuarat strategik tiga hari itu, dihadiri peserta dari 10 negara Asean yang membincangkan pendekatan bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Deklarasi daripada mesyuarat berkenaan akan dikemukakan pada Sidang Kemuncak Asean di Brunei, pada Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan