MAHB: Syarikat Penerbangan Akan Bertanggungjawab Terhadap Penumpang Terkandas

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmed Kanan terkandas di KLIA dalam tempoh lebih 50 hari.
Ahmed Kanan terkandas di KLIA dalam tempoh lebih 50 hari.

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) akan mengarahkan syarikat penerbangan yang membawa penumpang bermasalah untuk bertanggungjawab dalam soal keselamatan dan kebajikan mereka.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata semua syarikat penerbangan menggunakan lapangan terbang Malaysia telah dimaklumkan mengenai peraturan baru itu.

Ia berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata sekiranya syarikat penerbangan berlepas dengan penumpang yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang lengkap, mereka yang akan dipertanggungjawabkan dan bukannya pihak berkuasa lapangan terbang.

"Kami bimbang mengenai kes penumpang warga asing terkandas baru-baru ini yang menjadikan ruang transit KLIA sebagai tempat tinggal sementara mereka tanpa mana-mana agensi bertanggungjawab terhadap kes itu.

"Selepas perbincangan, syarikat penerbangan bersetuju bahawa mereka akan bertanggungjawab ke atas penumpang yang terkandas kerana mereka yang membawa penumpang tersebut ke lapangan terbang," katanya.

Azmi berkata syarikat penerbangan akan menyediakan penginapan dan makanan untuk penumpang yang terkandas sehingga mereka meninggal lapangan terbang itu.

Katanya, walaupun syarikat penerbangan menerima peraturan itu, mereka bimbang mengenai kos tambahan dan masa yang diambil untuk menyelesaikan kes tersebut.

Mengulas mengenai kes warga Syria, Khaled Ali dan keluarganya yang terkandas di ruang transit KLIA sejak 3 Julai lalu, Azmi berkata seseorang yang enggan dikenali membawa mereka ke hotel transit KLIA dan membayar kesemua bil atas dasar kemanusiaan.

Beliau berkata MAHB menyediakan penjagaan kesihatan untuk anak lelaki Khaled, Anas yang tidak dapat bercakap dan berjalan dengan bantuan Jabatan Imigresen.

Mengenai kes seorang lagi penumpang iaitu warga Palestin, Mohammed Abdulabbad yang tinggal di ruang transit sejak 1 Julai lalu, Azmi berkata Malaysia Airlines menyediakan baucer makanan setiap hari kepadanya kerana syarikat penerbangan itu yang membawanya dari Jakarta.

Azmi berkata, syarikat penerbangan akan menanggung beban dari segi kewangan sekiranya terdapat masalah dalam mendapatkan dokumen perjalan untuk penumpang yang terkandas seperti kes seorang lagi warga Palestin, Ahmed Kanan yang tinggal di ruang transit untuk tempoh lebih 50 hari sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

"Satu sistem perlu diwujudkan supaya syarikat penerbangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penumpang mereka.

"Sebagai pihak berkuasa lapangan terbang, MAHB akan membantu menyelesaikan kes seperti itu walaupun keutamaan kami lebih kepada keselamatan lapangan terbang, syarikat penerbangan dan para penumpang," katanya.

Azmi menasihatkan semua syarikat penerbangan supaya menyemak dokumen perjalanan dan kesahihan pasport para penumpang dengan teliti kerana banyak negera memerlukan ia efektif sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan dari tarikh berlepas.

"Mereka harus membantu para penumpang mengenai peraturan, sekatan, kesahihan pasport dan juga keperluan visa sebelum membenarkan mereka memasuki pesawat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan