Kuala Besut Medan Raih Undi Pemilihan Umno - PAS

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: PAS mendakwa pemimpin Umno menggunakan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai platform meraih sokongan peribadi menjelang pemilihan parti itu tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat berkata, parti itu kesal dengan sikap segelintir pemimpin tertinggi Umno yang disifatkan tidak menghormati tujuan sebenar pilihan raya ini diadakan.

"Kita lihat pemimpin-pemimpin Umno mula berkempen untuk pemilihan parti mereka.

"Kami berasa amat dukacita dengan fenomena ini kerana mereka mengambil kesempatan. Apabila adanya pilihan raya ini mereka cuba meraih sokongan demi kepentingan politik sendiri," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai beberapa laporan akhbar yang dilaporkan dari Kuala Besut mengenai pengesahan beberapa pemimpin Umno untuk mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti itu tahun ini.

Antara yang mengeluarkan kenyataan mahu mempertahankan jawatan masing-masing ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan