Kerajaan Wujud Pasar Borong Bantu Petani Di Seluruh Negara - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Kerajaan akan mewujudkan pasar borong untuk membantu petani memasarkan produk pertanian mereka secara terus kepada pengguna di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pasar borong itu memberikan ruang alternatif kepada petani untuk memasarkan produk mereka tanpa melalui orang tengah, jika tidak menjualnya sendiri di pasar tani.

"Pasar borong ini akan berbeza daripada pasar borong yang ada kerana sesetengah pasar borong sedia ada tidak melibatkan petani dan menjual barangan bukan hasil petani kecil atau orang kampung.

"Ini menyebabkan ada kalanya petani kecil ini tidak mempunyai tempat untuk memasarkan hasil tanaman mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Kuala Besut di sini, Isnin.

Ismail Sabri berkata perbincangan teliti akan dilakukan berhubung cadangan penubuhan pasar borong itu kerana ia melibatkan kelulusan antaranya daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Pasar borong memerlukan kawasan yang agak besar dan jauh sedikit daripada bandar. Kita tahu bukan semua negeri dikuasai Kerajaan Persekutuan, jadi perkara ini perlukan perbincangan dan kena lihat negeri mana yang sedia beri kerjasama," katanya.

Ditanya sama ada kewujudan pasar borong itu akan menjadi saingan kepada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Ismail Sabri menolak kemungkinan itu memandangkan tidak semua daerah memiliki RTC manakala persaingan yang akan wujud dengan pasar tani pula disifatkannya sebagai sihat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Ismail Sabri meluluskan peruntukan tambahan RM500,000 bagi peruntukan RM1 juta yang baharu diumumkan beliau pada Ahad bagi membaiki Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besut.

"Kita tidak pernah fikir tentang duit, tetapi kita mementingkan rakyat. Apa yang rakyat perlukan, kita akan beri supaya kehidupan mereka sempurna, tidak perlu untuk kita ceramah malam-malam, sebaliknya buat kerja supaya rakyat nampak," katanya.

Pada program itu, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kanopi kepada 60 peniaga pasar tani itu, selain bantuan barangan keperluan kepada warga emas sekitar Kuala Besut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan