Jerebu Kembali Untuk Tempoh Singkat

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, ekoran perubahan corak tiupan angin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini Isnin, corak tiupan angin itu akan berubah dalam tempoh dua atau tiga hari dengan angin barat laut kelajuan sederhana akan bertiup di utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di bahagian tengah dan selatan.

"Keadaan tiupan angin ini, dijangka akan membawa hujan terutamanya di bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.

Malaysia masih mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September.

Peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca yang agak kering sejak dua hari lepas telah mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu di beberapa kawasan di negeri Pantai Barat Semenanjung, menurut kenyataan itu.

Tiga kawasan iaitu Bukit Rambai, Bandaraya Melaka dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu masing-masing 122, 112 dan 105, sehingga 9 pagi Isnin.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU di Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka telah meningkat berbanding bacaan yang direkodkan pada 6 pagi iaitu 117 dan 104.

Beberapa kawasan di Semenanjung pula menunjukkan bacaan sederhana termasuk Muar (87), Nilai (80), Port Dickson (88), Seremban (74) dan Pelabuhan Klang (80).

Tahap kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan masih berada di tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Bulan lepas, Malaysia mengalami jerebu yang agak teruk sehingga ada kawasan mencatatkan tahap pencemaran udara berbahaya dan sekolah terpaksa ditutup sementara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan