Jangan Terperangkap Formula 16:16 Pembangkang - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Pengundi Kuala Besut diingatkan supaya tidak terperangkap dengan helah PAS yang mendakwa parti itu tidak berminat menjadi Menteri Besar sekiranya berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mustahil bagi pembangkang untuk tidak menimbulkan kekecohan jika mereka berjaya mewujudkan situasi 'DUN tergantung'.

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu.

"Jangan terjebak dan termasuk dalam perangkap itu kerana mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika kedudukan kerusi DUN berada dalam keadaan 16:16," katanya pada sidang media di Markas Tektikal (Martek) Polis di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengundi di Kuala Besut perlu memahami implikasi jika berlakunya situasi DUN tergantung di Terengganu.

Katanya, situasi berkenaan hanya akan menggugat kestabilan politik di negeri ini terutama dalam menentukan pihak mana yang berhak membentuk kerajaan.

"Pengundi Kuala Besut cukup penting bagi menentukan masa depan Terengganu kerana kalau kerajaan tergantung, kerajaan tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan mengenai siapa boleh bentuk kerajaan kerana masing-masing mempunyai kerusi yang seimbang.

"Sebab itu saya menyeru dan merayu pengundi supaya jangan terjebak dengan kempen-kempen yang berbentuk sebegini, berikan kepercayaan kepada BN bagi menentukan kerusi yang ke-17," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan