Singapura Jangka Jerebu Berulang Ekoran Bintik Panas Dikesan Di Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) meramalkan republik ini mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi.

Ia berkata dalam tempoh dua hari lagi, cuaca kering dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sumtera.

"Jika berlaku perubahan arah angin bertiup dari arah barat, Singapura mungkin mengalami suasana jerebu," katanya.

NEA berkata ia akan mengeluarkan amaran seterusnya jika keadaan itu berlaku dan menambah jumlah bintik-bintik panas di Sumatera yang dikesan satelit NOAA 18 meningkat dengan cepat sejak dua hari lalu sehingga mencecah 159 bintik pada Sabtu.

Dari bintik-bintik ini, 63 dikesan di wilayah Riau di Sumatra tengah, kira-kira 280 km dari Singapura, yang kepulan asap kelihatan dari bintik-bintik ini.

Bintik-bintik panas turut dikesan lebih ke utara di Aceh dan Sumatera Utara.

Sementara angin kini bertiup dari arah tenggara atau selatan, NEA berkata asap belum lagi bertiup ke arah Singapura pada masa sekarang.

Menurutnya, sesetengah negeri di Semenajung Malaysia mengalami kemerosotan kualiti udara sejak lewat pagi Sabtu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara paling tinggi iaitu 98 dicatat pada 5 pagi hari Ahad di Bukit Rambai, Melaka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan