Seksyen 9A Tidak Boleh Digugur - SPR

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika peruntukan bagi seksyen itu digugurkan, suruhanjaya itu akan berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Jika kita benarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah, bila kita nak buat pilihan raya? SPR nak guna daftar pemilih yang mana kerana orang asyik mencabar di mahkamah.

"Kalau parti politik atau orang ramai secara berterusan mencabar keputusan mahkamah, kita tidak dapat buat pilihan raya," katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan pembangkang supaya kerajaan menggugurkan pindaan Syeksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berharap semua pihak termasuk pembangkang supaya yakin dengan daftar pemilih SPR kerana ia melalui beberapa proses perundangan sebelum digazetkan.

"Sebelum SPR gazetkan daftar pemilih, ia telah melalui pelbagai peringkat proses undang-undang.

"Kita buka kepada proses bantahan, siasatan awam, pengesahan bantahan sebelum ia boleh digazetkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan