Razali Belum Buat Keputusan Bertanding Pada Pemilihan Umno

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan Umno pada perhimpunan agung parti dijadual Oktober ini.

Katanya, walaupun pindaan perlembagaan Umno membenarkan semua ahli bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam parti, mereka yang hendak bertanding seharusnya mempunyai kemampuan dan idea yang boleh menyumbang kepada pengukuhan parti.

Menurutnya, atas faktor umur beliau tidak boleh bertanding jawatan dalam pergerakan Pemuda Umno tetapi telah menyatakan sokongan kepada Khairy Jamaluddin untuk bertanding mengekalkan jawatan ketua pergerakan itu.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Rakan Muda Bubur Lambuk anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah Muar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini, Ahad.

Mengenai keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya Jumaat lepas mahu semua jawatan dalam pergerakan Pemuda dipertandingkan pada pemilihan Umno akan datang, katanya beliau menyokong pendirian itu.

"Yang penting, pemilihan kali ini bukan sahaja dapat mengukuhkan parti malah mampu mengembalikan keyakinan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya terhadap Umno," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan