PRK Kuala Besut: Polis Kesan Ceramah Tanpa Permit - Berita Semasa | mStar

PRK Kuala Besut: Polis Kesan Ceramah Tanpa Permit

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis mengesan satu ceramah tanpa permit oleh sebuah parti politik sejak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bermula 12 Julai lalu.

Ketua Polis daerah, Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, ceramah yang dilakukan secara bergerak itu dikesan di Pasar Tani Kuala Besut baru-baru ini.

"Pihak polis sudah membuka satu kertas siasatan berhubung insiden itu dan siasatan lanjut juga kini sedang dijalankan.

"Saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua parti politik bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengadakan ceramah tanpa permit sepanjang kempen pilihan raya ini berlangsung," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 24b (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Selain itu Kamaruddin berkata, pihaknya juga mengesan trend terbaharu oleh segelintir penyokong parti yang bertindak mengedar risalah berkaitan calon di bahu jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Tindakan itu bukan sahaja membahayakan keselamatan malahan menyebabkan kesesakan.

"Saya sarankan supaya penyokong parti mencari tempat yang bersesuaian untuk mengedarkan sebarang risalah atau bahan kempen supaya tidak menganggu hak pengguna jalan raya yang lain," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan