Perubahan Akan Mengukuhkan MIC - Sakthivel

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perubahan dalam MIC yang dilaksanakan oleh presidennya Datuk Seri G. Palanivel adalah normal dan bertujuan untuk mengukuhkan parti, kata setiausaha agung parti A. Sakthivel.

"Mendapatkan orang baru untuk memberi sumbangan adalah adalah cara dan sebahagian daripada parti," katanya.

"Presiden mempunyai kuasa dan hak untuk membuat perubahan terhadap anggota yang dilantik dalam Jawatankuasa Kerja Pusat," katanya mengenai keputusan Palanivel mengeluarkan pengarah strategik S. Vell Paari dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandini, yang kedua-duanya sebelum ini dilantik sebagai ahli CWC.

Mereka telah digantikan dengan bekas Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan S.Sunthar, anak kepada bekas timbalan presiden Tan Sri S.Subramaniam.

"Presiden mempunyai strategi dan perancangan sendiri," kata Sakthivel.

Beliau berkata, Sothinathan mendapat sokongan kuat di kalangan masyarakat India dan telah bekerja keras di kawasan Parlimen Teluk Kemang, manakala penyokong Subramaniam dijangka akan kembali kepada MIC dengan kemasukan Sunthar.

Ahli CWC, K.P. Samy Vellu berkata Palanivel melantik Sothinathan dan Sunthar untuk memantau dan menyeimbangkan kepimpinan parti.

Bulan lepas, Palanivel menggugurkan tiga ahli yang dilantik - bekas naib presiden Datuk S. Veerasingam, bekas pengerusi MIC Perak Datuk G.Rajoo dan bekas ketua biro pendidikan MIC Tan Sri Dr T. Marimuthu dari CWC.

Mereka digantikan dengan Adun Kahang R.Vidyanathan (Johor), Adun Jeram Padang L. Manickam (Negri Sembilan) dan Adun Gadek Datuk MS Mahadevan (Melaka).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan