NGO Serah Memorandum Kepada AS Gesa Tidak Iktiraf Kerajaan Baharu Mesir

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) pada Ahad menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi mengesa negara itu supaya tidak mengiktiraf kerajaan baharu di Mesir.

NGO berkenaan ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA), dan Persatuan Belia Nasional (PEMBINA).

Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya menyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan pada 10.40 pagi ini di kedutaan itu, di sini.

Sebelum itu, kira-kira 700 anggota NGO tersebut berhimpun di Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, dengan membawa sepanduk antaranya bertulis 'Amerika Jangan Iktiraf Kerajaan Tentera'.

Aminuddin berkata antara isu yang dinyatakan dalam memorandum itu ialah mengenai bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera daripada bekas presiden Mesir Mohammed Morsi baru-baru ini.

"Kami juga meminta Amerika supaya tidak mengiktiraf kerajaan baharu yang telah ditubuhkan selepas rampasan kuasa tersebut.

"Bagi pihak Muslim di Malaysia kami berasa sedih dan terkejut melihat keruntuhan demokrasi di Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan