Letak Syarat Pelesenan Jual Produk Tembakau, Selari Dengan Fatwa - Pakar

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penjualan produk tembakau, termasuk shisha dan rokok, perlu dilesenkan bagi memastikan penjualan barangan tersebut terkawal, menurut pakar kawalan tembakau.

Pakar Kawalan Tembakau, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Dr Zarihah Md Zain berkata untuk itu, kerajaan perlu meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi mewujudkan peraturan lesen tersebut.

Dengan langkah tersebut, penjualan shisha dan rokok kepada orang ramai dapat dikawal, terutama di kalangan umat Islam berikutan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan kedua-dua bahan tersebut, katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengenakan syarat yang ketat dalam permohonan lesen itu, yang selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan supaya usaha membendung penjualan atau pemilikan produk tembakau dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Beliau mencadangkan syarat pelesenan itu perlu merangkumi aspek lokasi perniagaan, golongan sasaran iaitu tidak boleh menjual produk tembakau kepada orang Islam dan mereka di bawah umur 18 tahun, cara penjualan dan lain-lain perkara yang berkaitan.

"Buat masa ini, siapa sahaja boleh menjual produk tembakau kerana masih tidak ada syarat pelesenan dikenakan sehingga menyebabkan penjualan produk yang dinyatakan haram dijual secara berleluasa," katanya.

Dr Zarihah, yang juga penasihat teknikal Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan yang mengalu-alukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan shisha bagaimanpun khuatir sama ada pengharaman itu dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Ini adalah kerana usaha Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995 mengharamkan rokok masih tidak berkesan dan "sudah 18 tahun fatwa (rokok haram) itu dikeluarkan, tetapi sampai sekarang masih ramai orang Islam menghisap rokok, katanya.

"Persoalannya, adakah fatwa pengharaman shisha ini akan menghadapi situasi sama seperti pengharaman rokok?" soalnya.

Dr Zarihah berkata, negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand sudahpun meletakkan syarat lesen kepada setiap penjual produk tembakau.

Selain itu, katanya, penghisapan shisha turut mengalakkan penyebaran penyakit berjangkit seperti tibi dan hepatitis di mana konsep perkongsian hos atau penyedut shisha boleh menyebabkan penyebaran penyakit.

"Sekiranya penyakit berjangkit biasa seperti selesema tidak mengapa, tetapi jika ia melibatkan penyakit seperti tibi dan hepatitis, ia adalah serius dan perlu dibendung," katanya.

Beliau berharap Jabatan Agama Islam di setiap negeri akan turut mewartakan fatwa yang mengharamkan shisha. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan