Kualiti Udara Di Bukit Rambai Semakin Merosot Petang Ahad

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kualiti udara di Bukit Rambai di sini semakin merosot apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 114 pada pukul 4 petang berbanding 105 tengah hari Ahad.

Menurut Jabatan Alam Sekitar dalam laman sesawangnya, bacaan IPU di kawasan itu kekal berada pada tahap 105 pada pukul 1 tengah hari sebelum merosot kepada 108 pada pukul 2 petang dan 111 pada pukul 3 petang.

Sehingga kini, Bukit Rambai merupakan satu-satunya kawasan di negara ini kekal pada IPU tidak sihat. Kawasan Cheras di Kuala Lumpur mencatat IPU tidak sihat iaitu 101 pada pukul 3 petang, namun kembali kepada IPU sederhana iaitu 93 pada pukul 4 petang.

Kualiti udara di Bandaraya Melaka pula dilapor masih berada pada tahap IPU sederhana, bagaimanapun kualiti udara di kawasan itu merosot daripada 80 pada 12 tengah hari, 1 tengah hari (82), 2 petang (84), 3 petang (84) dan 4 petang (92).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Tinjauan Bernama di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di sini mendapati kesan asap jerebu telah kelihatan namun tidak begitu menjejaskan jarak penglihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan