Kerajaan Digesa Tetapkan Hanya Satu Jenis Dan Warna Teksi

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa persatuan dan pemandu teksi telah menyuarakan keraguan mereka terhadap pengenalan kenderaan jenis Proton Exora 1.6 sebagai teksi bajet.

Walaupun tidak bertentangan syarikat pembuat kereta, mereka tertanya-tanya jika kerajaan akan bertegas mengenai perkara itu kerana terlalu banyak perubahan telah dibuat pada masa lalu.

"Warna-warna teksi di sini kerap ditukar. Ini menjadikan ia sukar bagi pemandu," kata Naib Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi Limosin & Kereta Sewa Malaysia Mohd Shahril Abdul Aziz.

Beliau berkata jenis teksi yang berbeza di sini telah mengelirukan penumpang, sambil menambah bandar-bandar seperti London mengelakkan perkara ini dengan hanya mempunyai satu jenis teksi dan warna.

Seorang pemandu yang mahu dikenali sebagai Azmi, 59, bersetuju dengan pandangan Mohd Shahril, sambil menambah Malaysia mempunyai terlalu banyak jenis teksi.

"Terdapat hijau, merah, ungu, jingga, kuning dan juga teksi putih," katanya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada Rabu berkata teksi jenis Exora warna coklat akan diseragamkan di seluruh negara.

Beliau berkata SPAD tidak akan memaksa pemandu-pemandu teksi sedia ada untuk membeli model baru, yang berharga RM64,000, tetapi mereka perlu membelinya apabila lesen semasa mereka tamat.

Ia akan mengambil masa kurang daripada satu dekad untuk menghentikan model teksi semasa dari jalan raya Malaysia, memandangkan tempoh tamat permit 10 tahun yang dipegang mereka.

Teksi Exora warna coklat yang pertama dijadualkan dikeluarkan pada awal September. Kilang akan memasang tangki gas pada teksi tersebut.

Mohd Shahril juga berkata harga Exora yang ditetapkan adalah terlalu tinggi untuk sesetengah pemandu.

"Sepatutnya ia dijual sekitar RM50,000 supaya pemandu mampu," katanya.

Beliau berkata, pemandu mungkin tidak akan menggunakan meter dan mengenakan caj kadar rata kepada penumpang jika harga kenderaan terlalu tinggi.

Presiden Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang) Mohamed Asharaf Yasin bimbang pemandu Exora eksekutif yang sedia ada mungkin akan diketepikan dengan perubahan tersebut.

"Jika Exora coklat mula dilaksanakan, apa akan berlaku kepada pemandu Exora biru? Kerajaan perlu fikir tentang perkara ini, " katanya.

Kadar tambang semasa Exora biru eksekutif ialah sebanyak RM6, dua kali ganda daripada teksi bajet Exora warna coklat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan