Kerajaan Akan Ambil Kira Pendapat Rakyat Sebelum Laksana TPPA - Hamim Samuri

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan tidak sekali-kali menjual maruah negara kepada orang orang luar apatah lagi sehingga membawa Malaysia bankrap dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diadakan di Kota Kinabalu minggu lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri menegaskan, malahan kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan akan mempertahankan hak rakyat sebelum menandatangani sebarang perjanjian seumpama itu.

"Ini terbukti apabila pendapatan negara daripada perdagangan termasuk melibatkan perniagaan luar negara kini terus meningkat hingga mencecah RM200 bilion setahun," katanya ketika berucap di majlis penyampaian zakat kepada 120 anak-anak yatim dan berbuka puasa di bawah program tanggung jawab korporat SME Bank di Masjid Pekan Bukit Gambir di sini petang Sabtu.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Razi Yunus, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitGambir, M. Asojan,anggota jawatankuasa UMNO bahagian Ledangdan pemimpin masyarakat tempatan.

Sehubungan itu, katanya, rakyat tidak perlu bimbang dengan perundingan TPPA yang belum dimuktamadkan itu kerana kerajaan sentiasa berhati-hati dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum mengambil sebarang keputusan.

Katanya, sebagainegara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia tidak boleh mengasingkan diri, sebaliknya perlu bersama negara-negara lain menyertai perundingan seumpama itu.

Beliau menerangkan, negara-negara lain yang menyertai perundingan itu juga memahami kehendak Malaysia dalam perundingan berkenaan iaitu sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat sebelum menyetujui sebarang perjanjian.

Menyentuh bantahan badan-badan bukan kerajaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur terhadap perundingan itu, Ir. Hamim menyifatkan ia bermotif politik semata-mata kerana Malaysia belum memuktamadkan perundingan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan