KDN Cari Mekanisme Benarkan Banduan Mengundi - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kementerian Dalam Negeri akan mencari mekanisme yang boleh diguna pakai bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan berterusan akan diadakan antara pihak terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Beliau berkata, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah SPR untuk membenarkan banduan mengundi.

"Jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih dari tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.

"Atau mereka juga boleh undi awal di kawasan yang telah mereka mendaftar sebagai pengundi. Banduan juga ada hak untuk mendaftar kali pertama sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bersama masyarakat di Kampung Gertak Seratus di sini, Ahad.

Menurutnya ketika ini terdapat 35,000 banduan di seluruh negara dengan 48 peratus menjalani hukuman kerana dadah.

Ahmad Zahid berkata, 170 orang kena pengawasan (OKP) layak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Beliau menarik perhatian bahawa rata-rata OKP akan mengundi untuk kali pertama memandangkan sebelum ini mereka tidak mengambil peduli untuk menunaikan tanggungjawab mereka itu.

"Terima kasih kepada Skuad 1Malaysia AADK yang memantau, mengajak mereka untuk datang tunaikan hak mereka," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan akan berhadapan calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan.

Kuala Besut mempunyai 17,683 pemilih berdaftar dan kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan