Haram Syiah: Tak Perlu Bangkit Pelanggaran Hak Asasi Manusia - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Soal pelanggaran hak asasi manusia tidak harus dibangkitkan mana-mana pihak berikutan keputusan kerajaan mengharamkan ajaran Syiah di negara ini, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata soal 'hak asasi manusia' sebenarnya mempunyai batas dan dalam konteks pengharaman ajaran Syiah, bukan hak asasi yang menjadi penekanan.

"Hak asasi ada batas, tidak semua sekali hendak guna nama hak asasi manusia sebab kalau bicara secara hak asasi manusia, bebas berbuat apa sahaja termasuklah membunuh, itu bukan hak asasi. Jadi dalam konteks kita hari ini, bukan hak asasi yang jadi penekanan.

"Dalam pentadbiran negara, kita ada hukum-hukum, termasuk mahkamah syariah, yang menentukan batas-batas untuk kita laksanakan hal-hal dan aktiviti masing-masing termasuk dalam hal mengatur keagamaan kita," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ihya' Ramadan dan penyerahan sumbangan amal jariah sempena sambutan ulang tahun ke-29 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini Sabtu.

Beliau mengulas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai pengharaman ajaran Syiah di negara ini, dan menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.

"Secara logik dan mudah, kalau agama diperlakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada penghinaan atau mencerca agama lain, atau juga menyebarkan ajaran agama kepada orang yang sudah beragama, secara semulajadi ia akan menyebabkan kekalutan, apatah lagi dalam konteks negara Malaysia.

"Kita ada peraturan, kita amalkan ajaran ahli sunnah wal jamaah dan mazhab Shafie, jadi kita tidak membenarkan pengembangan agama dibuat kepada orang yang sudah beragama, khususnya agama Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata keputusan pengharaman shisha dalam muzakarah fatwa semalam, bukan dibuat dengan sewenangnya sebaliknya ia hasil pandangan pelbagai pihak.

"Ada kertas kerja yang dibentangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, perubatan, kedoktoran, pandangan itu dirumuskan pada muzakarah... Ini bukan dibuat sewenang-wenangnya tetapi dengan penuh teliti, ketekunan dan ketaakulan yang tinggi," katanya.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan berjumlah RM136,500 kepada beberapa kelompok termasuk 290 anak yatim dan miskin serta 47 masjid dan 148 surau dari daerah Yan dan Kuala Muda. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan