Bantu Mereka Yang Terkandas Di Kawasan Transit KLIA - Suhakam

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isteri Khaled, Rwaida Shahada memberikan penjagaan perubatan kepada anaknya yang sakit, Anas, sambil diperhatikan seorang lagi anaknya, Mohdy, di kawasan transit KLIA. -foto THE STAR/Azman Ghani
Isteri Khaled, Rwaida Shahada memberikan penjagaan perubatan kepada anaknya yang sakit, Anas, sambil diperhatikan seorang lagi anaknya, Mohdy, di kawasan transit KLIA. -foto THE STAR/Azman Ghani

PETALING JAYA: Tujuh warga asing yang terkandas dan menjadikan kawasan transit KLIA sebagai rumah mereka selama lebih 14 hari, harus diberikan bantuan, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pesuruhjayanya, James Nayagam berkata terdapat keperluan segera untuk kerajaan menyelaraskan mesyuarat dengan imigresen, lapangan terbang, syarikat penerbangan dan kedutaan bagi membangunkan satu sistem yang membolehkan mereka yang terkandas dibantu.

"Masyarakat antarabangsa sedang melihat bagaimana kita mengendalikan kes-kes mereka yang melarikan diri dari rantau-rantau yang bermasalah dan mendarat di negara kita tanpa dokumen perjalanan yang sepatutnya.

"Krisis ini berpanjangan kerana tiada siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap kes-kes seperti yang berlaku di kawasan transit, yang dianggap sebagai tanah yang tidak mempunyai pemilik," kata beliau.

Nayagam berkata walaupun kawasan transit berada di bawah bidang kuasa Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), ia tidak mempunyai kekuatan untuk mengendalikan kes tersebut.

"Oleh kerana tidak ada sistem yang diselaraskan untuk mengendalikan mereka di kawasan itu, kes-kes di kawasan transit KLIA telah menjadi kompleks, sering 'dilepas tangan' dan diuruskan secara tidak berdisiplin dengan tiada penyelesaian yang pasti," katanya.

Beliau berkata MAHB perlu proaktif dalam menangani perkara itu dan tidak menunggu agensi-agensi berkaitan untuk bertindak.

Pada masa ini, warga Palestin Mohammed Abdulabbad dan Khaled Ali dari Syria bersama lima anggota keluarganya telah menjadikan zon transit sebagai rumah sementara menunggu berita mengenai dokumen perjalanan mereka.

Abdulabbad, 26, telah tidur di ruang transit sejak 1 Julai lalu dan mahu kembali ke rumahnya di Gaza sementara Khaled, yang tiba pada 3 Julai, mahu pergi ke Sweden untuk memberikan perubatan untuk anaknya yang sakit itu.

Abdulabbad terkandas kerana tidak mempunyai visa untuk terbang ke Mesir sementara Khaled dan keluarganya berada di sana kerana mereka telah kehilangan pasport.

"Mereka ini berhak untuk dilindungi, disediakan dengan rawatan perubatan dan kebajikan serta tidak harus ditinggalkan terbiar.

"Seseorang (pihak berkuasa atau agensi) perlu bertanggungjawab dan ini akan menjadi cara berperikemanusiaan bagi menangani isu yang telah mendapat perhatian antarabangsa yang tidak diingini," kata Nayagam.

Beliau berkata isu itu telah mendedahkan kelemahan dalam sistem lapangan terbang dan mesti ada struktur segera ditempatkan kerana lebih ramai orang dijangka tiba di sini dari negara-negara bergolak.

"Rakyat negara-negara menghadapi konflik melarikan diri tidak boleh dihantar pulang dan perlu dibantu untuk mencari destinasi baru," katanya.

Nayagam berkata Malaysia harus melihat bagaimana Australia dan negara-negara lain di rantau ini menangani isu-isu tersebut dan merangka sistem yang sama.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan