Shahrizat Ingatkan Azalina Jangan Pecah Belah Wanita Umno

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai penyakit yang dihadapi Abd Mutalib Saipi, 10, oleh pegawai perubatan YKN sewaktu melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada kumpulan sasar di Kampung Nail di Besut, Jumaat. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai penyakit yang dihadapi Abd Mutalib Saipi, 10, oleh pegawai perubatan YKN sewaktu melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada kumpulan sasar di Kampung Nail di Besut, Jumaat. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

BESUT: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan calon yang berminat bertanding merebut kedudukannya sebagai Ketua Wanita Umno supaya bertanding secara sihat tanpa membawa elemen perpecahan dalam parti itu.

Sambil menyambut baik hasrat mana-mana pihak termasuk bekas Ketua Puteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menawarkan diri bertanding, Shahrizat berkata beliau menggalakkan lebih ramai pesaing bagi menzahirkan amalan demokrasi dalam Umno.

"Kalau Azalina nak masuk (bertanding), masuk secara umum iaitu kerana nak membela wanita.

"Saya tak mahu tengok ada kumpulan bekas Ketua Puteri yang masuk ke Wanita Bahagian, bertembung dengan Ketua Wanita Bahagian hingga ada perpecahan dalam Umno.

"Saya nak minta kepada Azalina atau sesiapa sahaja, kalau nak kempen...kempen untuk semua, jangan ada perpecahan antara kumpulan Puteri dan bekas Puteri dengan Wanita Umno," katanya ketika ditemui selepas menyertai program Sentuhan Medik anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN), di sini, Jumaat.

Sebelum ini Azalina mengesahkan sedia menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu sayap Umno itu menentang Shahrizat.

Shahrizat juga mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya itu.

Mengulas mengenai hasrat Azalina menawarkan diri bertanding adalah bagi melakukan transformasi dalam Wanita Umno, Shahrizat bagaimanapun menyuarakan kembimbangan mengenai matlamat itu.

"Saya gembira Azalina nak bertanding atau mungkin lebih ramai lagi yang akan hantar calon proksi, kita tahu akan ada proksi...sila datang masuk gelanggang.

"Namun saya tak nak dengar hasrat nak bertanding tapi bawa mesej perpecahan. Kononnya Azalina nak bawa transformasi orang muda nak masuk dalam Wanita Umno. Saya nak minta jangan buat begitu. Masuklah secara umum dengan niat nak bela wanita," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan