Seorang Maut, 10 Cedera Terkena Serpihan Batu Kuari

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa buah kenderaan dan kilang yang berdekatan rosak teruk dihempap batu-batu yang berterbangan dari sebuah kuari di Jalan Bukit 1, Seri Alam, Pasir Gudang, Johor, Jumaat. -fotoBERNAMA
Beberapa buah kenderaan dan kilang yang berdekatan rosak teruk dihempap batu-batu yang berterbangan dari sebuah kuari di Jalan Bukit 1, Seri Alam, Pasir Gudang, Johor, Jumaat. -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan kuari berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini, Jumaat.

Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar 30-an yang mati di tempat kejadian.

Jarak kawasan kilang dengan kawasan kuari itu ialah kira-kira 500 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu turut merosakkan 18 buah kereta, 14 buah kilang lain dan sebuah sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad.

Pihak bomba menghantar 37 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

Aktiviti kuari dilapor dihentikan serta-merta akibat kejadian itu. Mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini beserta mereka yang cedera.

Seorang pegawai pemasaran sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang berhampiran, Rosmawati Rahmat, 40, berkata beliau mendengar letupan kuat sebelum keadaan kilangnya bergegar.

"Kebiasaannya siren amaran akan dibunyikan pada pukul 12.30 tengah hari sebagai isyarat letupan akan dilakukan dan bunyi letupan selalunya tidak kuat.

"Bagaimanapun bunyi letupan hari ini begitu kuat sehingga batu-batu terpelanting jauh ke kawasan kilang," katanya.

Seorang pemilik kilang plastik yang enggan dikenali berkata aktiviti letupan sering dilakukan, namun kejadian hari ini paling serius. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan