Perbincangan Penggabungan MCA, Gerakan & SUPP Hanya Boleh Dimulakan Selepas Pemilihan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbincangan rasmi mengenai kemungkinan penggabungan di antara MCA, Gerakan dan SUPP hanya akan dilakukan selepas ketiga-tiga parti itu menyelesaikan pemilihan parti masing-masing.

Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chan Ko Youn memberi amaran bahawa ketiga-tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mungkin akan bersetuju mengenai penggabungan itu buat masa ini tetapi mengubah fikiran selepas pelantikan pemimpin tertinggi baharu parti.

"Jika kita bersetuju sekarang, katakan berlaku perubahan dalam kepimpinan pada Oktober dan November, kepimpinan baharu mungkin tidak bersetuju dengan apa saja yang telah dibincangkan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Gerakan di sini Sabtu.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk ketiga-tiga parti itu berbincang mengenai perkara tersebut selepas mereka melantik kepimpinan tertinggi parti yang baharu.

Gerakan dan MCA akan mengadakan pemilihan parti pada 26 Oktober dan 21 Disember ini.

SUPP pula dijangka mengadakan pemilihan parti pada 2014.

Spekulasi mengenai penggabungan di antara Gerakan dan MCA bukan perkara baharu di mana Chang berkata isu tersebut telah dibincangkan sejak pertengahan 1980.

Kedua-dua parti gagal menemui satu perjanjian muktamad berhubung perkara itu walaupun perbincangan juga pernah diadakan pada 2007 dan 2011.

Chang berkata Gerakan mengadakan beberapa perbincangan tidak formal dengan MCA dan Presiden SUPP Datuk Peter Chin Fa Kui.

Terdahulu, ketiga-tiga parti dilaporkan telah membincangkan untuk bergabung selepas merekodkan keputusan terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan MCA sekadar memenangi tujuh kerusi Parlimen manakala SUPP dan Gerakan masing-masing memperoleh satu kerusi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan