Khairy Sokong Jawatan Ketua Pemuda Umno Dipertandingkan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan dalam pemilihan parti dijadual Oktober ini.

Katanya jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.

"Saya menghormati pandangan dari akar umbi kalau mereka mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan, mengikut kepada pindaan perlembagaan parti kita," katanya kepada pemberita semasa mengadakan ziarah mesra ke kawasan perumahan Taman Pinggiran Senawang, di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat, yang mahu pemilihan Pemuda Umno Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.

Khairy yang menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno sejak 2008 turut menyangkal akan adanya perpecahan dalaman sekiranya jawatan itu dipertandingkan.

Katanya, walaupun parti kini dalam proses mengukuhkan perpaduan demi berbakti untuk rakyat, namun cadangan akar umbi yang mahukan pemilihan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan.

"Tidak semestinya bila ada pertandingan parti kita akan berpecah, kalau kita ada niat yang baik, persetujuan daripada semua calon yang mahu bertanding bahawa pertandingan itu dibuat secara sihat, saya rasa itu tidak akan memecahbelahkan parti," kata Menteri Belia dan Sukan itu.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno, Khairy berkata masih terlalu awal untuk diputuskan perkara itu dan perlu menimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan