Kementerian Pendidikan Diminta Kaji Mengapa Pelajar Cemerlang Gagal Mendapat Tempat Di Universiti

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Pendidikan diarahkan oleh Kabinet untuk mengkaji kelemahan dalam prosedur pemilihan bagi kemasukan ke universiti-universiti tempatan berikutan ramai pelajar cemerlang gagal mendapat tempat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu juga perlu lebih telus dalam proses pemilihan itu dilakukan.

"Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih telus, untuk orang ramai mengetahui bagaimana proses pemilihan dilakukan. Ia adalah sistem (itu masalahnya), tidak begitu banyak kepada bilangan tempat," katanya selepas merasmikan Pameran Sains Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak 2013.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kebanyakan pelajar dengan Purata Mata Gred Keseluruhan (CGPA) 4.0 ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tetapi universiti hanya boleh mengambil beberapa pelajar kerana tempat yang terhad.

Menurut beliau, terdapat mekanisme untuk menilai kesesuaian pelajar dengan mengambil kira pembabitan ko-kurikulum dan prestasi mereka pada temuduga untuk proses kemasukan.

"Isunya adalah ketelusan dan membiarkan orang ramai tahu apa sebenarnya berlaku. Apa yang berlaku di sini tidak banyak bezanya dengan negara lain. Di kebanyakan negara, tidak semua yang memohon mendapat tempat di universiti," katanya.

Beliau berkata majoriti pelajar cemerlang yang layak mendapat tempat di universiti tempatan dan hanya kira-kira 30% daripada mereka gagal dalam permohonan untuk mendapat tempat di IPTA.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar yang gagal dalam permohonan itu boleh membuat permohonan sekali lagi.

"Kabinet akan mencari jalan bagaimana untuk menempatkan mereka ke institusi pengajian tinggi swasta sekiranya permohonan rayuan mereka tidak berjaya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan