Kementerian Kesihatan Tubuh Jawatankuasa Kepakaran Kaji Kesan Shisha

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Kesihatan menubuhkan jawatankuasa kepakaran bagi mengumpul maklumat dan mengkaji kesan menghisap shisha sebelum memutuskan status penggunaan bahan itu di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian akan dibuat dari sudut perubatan dan kesannya ke atas kesihatan dan kementerian akan mengumumkan hasil kajian yang dijangka disiapkan dalam tempoh sebulan.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam baru-baru ini yang memutuskan penggunaan shisha adalah haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

"Kajian ini dibuat berdasarkan kepada tembakau yang mengandungi kadar nikotin dan tar yang tinggi dalam shisha dan ini akan menjadi asas kepada keputusan yang akan dibuat nanti," katanya kepada media selepas menghadiri Pameran Sains Kebangsaan bagi Kanak-Kanak 2013 di sini Sabtu.

Beliau berkata kajian dimulakan sejak seminggu lepas dan hasil kajian akan dikumpul berdasarkan maklumat dari segi sains dan kesihatan serta pengalaman dari tempat lain.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam, yang juga Timbalan Presiden MIC, turut ditanya mengenai status pelajar yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata kabinet telah mengkaji perkara itu dan mendapati kebanyakan pelajar yang layak telah mendapat tempat di universiti awam tempatan.

"Bagaimanapun, 30 peratus daripada pelajar yang layak dari segi kelulusan, mereka gagal dalam permohonan untuk mendapat tempat di IPTA," katanya.

Beliau berkata pelajar yang gagal dalam permohonan itu boleh membuat permohonan sekali lagi.

"Tumpuan juga akan diberi kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang namun gagal mendapat tempat di IPTA dan kabinet akan mencari jalan bagaimana untuk menempatkan mereka ke institusi pengajian tinggi swasta," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan