Hadi Tidak Minat Jadi MB Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau tidak berminat untuk kembali menjadi Menteri Besar Terengganu walaupun pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang berkata, sasaran PAS untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 bukan demi mendapatkan kuasa atau untuk membentuk kerajaan.

"Saya beritahu Timabalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) pada hari penamaan calon...saya kata kepadanya supaya berikanlah kita 16 kerusi dan mereka juga ada 16 kerusi.

"Kami tak akan berebut nak jadi Menteri Besar, hanya beri kami 16 kerusi. Biarlah dia (BN) jadi Menteri Besar, tak mengapa. Kita hanya nak 16 kerusi," katanya ketika berceramah di Pentas Pemuda di Kampung Nail, di sini, Jumaat malam.

Kenyataan Abdul Hadi itu muncul selepas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui partinya tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan BN.

Menurut Husam, walaupun PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, parti itu tetap gagal mengulangi sejarah mereka menjadi kerajaan di Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999.

Pada ketika itu Abdul Hadi diangkat menjadi Menteri Besar selama satu penggal antara 1999 dan 2004 sebelum BN kembali merampas negeri itu pada PRU 2004.

Selain itu menerusi ceramahnya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, rakyat Terengganu bakal menerima manfaat sekiranya pakatan pembangkang berjaya mewujudkan situasi seri 16:16 di DUN.

"Apa faedah kalau kita ada 16 kerusi walaupun tak menjadi Menteri Besar? Faedahnya ialah kita boleh tegur dia (BN).

"Perkara yang tak molek, tak betul kita boleh bangkang. Benda yang betul, sila buat kita akan sokong...yang tak betul kita akan bantah dengan 16 kerusi. Kita akan ada kekuatan untuk membetulkan kerajaan negeri Terengganu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan