Dakwaan Titas Tidak Sesuai Untuk Bukan Islam,Tidak Tepat

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menegaskan kebimbangan pihak tertentu yang berpandangan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai berunsurkan Islam dan tidak sesuai bagi pelajar bukan Islam adalah tidak tepat.

Sebaliknya Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Morshidi Sirat berkata melalui subjek itu para pelajar diberi ruang untuk lebih mengenali tamadun kumpulan etnik di Malaysia.

"Sistem pendidikan luar negara seperti Amerika Syarikat juga menawarkan mata pelajaran wajib di institusi pengajian tinggi negara masing-masing untuk diambil pelajar tempatan dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Kementerian Pendidikan ingin menjelaskan bahawa kandungan kursus Titas bukan hanya mengandungi tamadun Islam tetapi juga tamadun Melayu, Cina, India dan masa depan tamadun, kata Morshidi.

Morshidi berkata penawaran Titas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai tamadun-tamadun yang wujud dalam persekitaran Malaysia yang telah menyumbang kepada pembentukan jati diri dan sahsiah serta sistem nilai yang diamalkan dalam negara, pada masa kini.

Menurutnya Titas telah bermula sejak tahun 2006 di IPTA dan wajib diambil semua pelajar Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

"Pelajar yang mempelajari subjek itu juga tidak menghadapi sebarang masalah termasuk pelajar bukan Islam yang turut memperoleh keputusan cemerlang," katanya.

Morshidi berkata terdapat pihak tertentu yang bimbang penggunaan Bahasa Melayu dalam pembelajaran Titas yang akan mendatangkan masalah kepada pelajar tempatan yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan Malaysia.

"Dalam hal ini kaedah pengajaran yang berinovatif dan kreatif serta menggunakan teknologi mampu mengatasi kebimbangan tersebut," katanya.

Pada Khamis Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha kerajaan mewajibkan subjek Titas kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan tidak akan mengislamkan pelajar bukan Islam di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan