Sedia Berdebat Jika Tajuk Sesuai - Shabery Cheek

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur bersama pilihan tajuk yang sesuai.

Mengulas cabaran debat yang dilaporkan dikemukakan Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Datuk Husam Musa kepadanya, beliau berkata ia tidak boleh disahut begitu sahaja, apatah lagi ia dibuat tanpa memaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu.

Bercakap kepada pemberita sebelum berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Tok Has, Bukit Puteri di sini, Ahmad Shabery, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, berkata cabaran itu juga boleh disifatkan sebagai tidak adil kepadanya kerana beliau sama sekali tidak dimaklumkan secara jelas.

"Saya boleh dan sedia pertimbang untuk berdebat jika cabaran itu dibuat mengikut prosedur di mana saya dan pejabat saya dimaklumkan terlebih dahulu.

"Cabaran perlu dinyatakan secara jelas seperti tajuk, tempat, berapa lama dan peraturan yang diguna. Kedua pihak perlu bersetuju, malah pihak keselamatan juga perlu dimaklumkan," katanya.

Dalam cabarannya Husam menamakan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli sebagai wakil kepada pakatan rakyat manakala Ahmad Shabery dipilih atas kapasiti Anggota Majlis Tertinggi Umno untuk dipertemukan dalam debat bertajuk 'Bagaimana rakyat Terengganu boleh menjadi kaya seperti pemimpin Umno' yang dijadual selepas solat tarawih malam Jumaat.

Ahmad Shabery berkata, beliau juga 'terkejut' mengapa Rafizi yang dicadangkan sedangkan masyarakat setempat sedia maklum Anggota Parlimen Pandan itu tidak sayangkan negeri Terengganu apabila memilih untuk bertanding di Selangor dalam pilihan raya umum lepas.

"Sebenarnya saya hanya tahu mengenai debat ini beberapa jam yang lalu, malah pejabat saya juga tidak menerima sebarang surat mengenainya.

"Dulu masa saya nak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-dua pihak ambil masa lebih sebulan untuk berbincang mengenainya. Jelas ini kaedah yang tak betul, dengan bos dia pun saya berani dan telah berdepan jika kena kaedahnya," katanya.

Ahmad Shabery juga menyifatkan cabaran itu sebagai gimik murahan Husam untuk meletakkannya dalam keadaan tidak baik seolah-olah takut untuk berdepan dengan pembangkang dan berharap reaksi beliau terhadap pelawaan berdebat dapat menghentikan pembangkang daripada terus 'meroyan'.

"Malam di bulan Ramadan seharusnya diisi dengan beribadah bukannya berdebat," katanya.

"Jika nak debat apakah tidak boleh jika diberi tajuk seperti 'Apakah kejayaan PAS sepanjang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004...adakah mereka berani," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan