Rafizi Sahut Cabaran Ulangi Dakwaan Dakwat Kekal Di Luar Dewan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rafizi ketika bercakap dengan para pemberita di luar Dewan Rakyat. Foto RAJA FAISAL HISHAN / THE STAR
Rafizi ketika bercakap dengan para pemberita di luar Dewan Rakyat. Foto RAJA FAISAL HISHAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyahut cabaran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan mengulangi dakwaan di luar Parlimen terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya berhubung perjanjian melibatkan bekalan dakwat kekal.

"Saya membuat dakwaan di luar Dewan seperti yang dinasihatkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kerana dicabar ahli parlimen Barisan," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Datuk Reezal Merican (BN-Kepala Batas) untuk merujuk Rafizi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan 36 (12) berhubung dakwaan yang dibuat pada Selasa walaupun dinafikan oleh Abdul Aziz.

Reezal berkata, Rafizi gagal untuk memperbetulkan dakwaan yang dibuat dengan niat di dalam Dewan dan kemudiannya dimuat naik di YouTube dengan 80,000 tontonan.

Bagaimanapun, Pandikar menolak usul itu kerana ia tidak mengikut peraturan olehl Reezal untuk merujuk usulnya kerana ia adalah selang dua hari daripada kejadian itu berlaku dan Rafizi percaya mengenai kebenaran terhadap dakwaan beliau.

Beliau berkata, usul itu sepatutnya dibawa di bawah Peraturan 36 (8) apabila Pandikar berkata Rafizi telah melanggar peraturan dengan membuat tuduhan terhadap individu yang bernama di dalam Dewan kerana mereka terbabit tidak dapat mempertahankan segala dakwaan terhadap mereka.

"Saya menasihati anda (Rafizi), kalau anda berani dan ikhlas dalam keyakinan anda, ulangi dakwaan itu di luar Dewan bagi membolehkan individu berkenaan peluang untuk membela diri secara saksama dan adil," katanya.

Beliau juga menasihatkan Rafizi mengemukakan permohonan untuk usul membahaskan isu dakwat kekal dan bukannya membuat dakwaan tersebut.

Pandikar mengingatkan Ahli Parlimen untuk tidak mengambil jalan keluar dengan membuat dakwaan tidak berasas terhadap individu atau institusi Perlembagaan.

Selain mengulangi dakwaan di luar Dewan, Rafizi berkata, beliau akan memfailkan satu usul untuk membahaskan isu berkenaan pada sidang yang akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan