Pekerja Terbunuh Dalam Letupan Kuari Di Johor

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kuari terbunuh selepas dihempap batu berikutan letupan di tapak kuari di Seri Alam pada Jumaat.

Letupan pada pukul 1.30 petang menyebabkan pekerja-pekerja yang panik bergegas untuk menyelamatkan diri daripada batu-batan yang berterbangan di kawasan perindustrian di Jalan Bukit 2.

Letupan itu dipercayai menjadi sebahagian daripada kerja-kerja di kuari.

Menurut saksi, ia merupakan letupan besar dan dia dapat merasakan getaran tanah.

Polis dan pegawai dari Pasukan Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan