Noriah, Dayang Madinah Angkat Sumpah Jawatan Senator

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Datuk Noriah Mahat (kiri) bersalaman dengan Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Dayang Madinah Tun Abang Openg selepas majlis mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA
Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Datuk Noriah Mahat (kiri) bersalaman dengan Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Dayang Madinah Tun Abang Openg selepas majlis mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Datuk Noriah Mahat dan Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Noriah, 61, yang menerima pelantikan semula daripada Yang di-Pertuan Agong dan Dayang Madinah, 58, yang menerima pelantikan semula daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, bagi tempoh tiga tahun.

Selain sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah adalah Pengerusi Biro Pengurusan Wanita Negeri Johor sejak 2008 hingga kini dan Jawatankuasa Sekretariat Badan Perhubungan Wanita Umno Negeri Johor.

Noriah ketika ditemui berkata beliau akan membincangkan dua perkara utama dalam sesi Dewan Negara iaitu hal ehwal agama Islam serta pendidikan.

Dayang Madinah pula menganggotai Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak pada 1987 hingga kini dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Sosial Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bagi sesi 2010 hingga 2013.

Beliau adalah anak kedua bongsu kepada bekas gabenor Sarawak yang pertama, Allahyarham Tun Abang Haji Openg. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan