Felcra Agih Dividen RM105 Juta Kepada Lebih 79,000 Peserta Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shafie Apdal ketika sidang media pada majlis Pengisytiharan Dividen Interim 1/2013 Peserta-Peserta Felcra di Putrajaya, Jumaat. Foto
Shafie Apdal ketika sidang media pada majlis Pengisytiharan Dividen Interim 1/2013 Peserta-Peserta Felcra di Putrajaya, Jumaat. Foto

PUTRAJAYA: Felcra Bhd pada Jumaat mengagihkan RM105 juta dividen interim pertama tahun ini kepada lebih 79,000 peserta, sempena Aidilfitri.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga Mei tahun ini, sebanyak 1,233 projek (ladang) milik peserta yang melibatkan kawasan seluas 143,282 hektar, berjaya menjana keuntungan bersih semasa sebanyak RM150 juta.

"Daripada jumlah itu, Felcra mengambil 70 peratus daripadanya untuk diagihkan kepada peserta sempena Aidilfitri yang menjelang tiba," katanya kepada media selepas Majlis Pengisytiharan Dividen Interim 1/2013 Peserta-Peserta Felcra, di sini Jumaat.

Menurut Shafie keuntungan RM150 juta yang dikumpul bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini merupakan kira-kira 29.5 peratus daripada anggaran keuntungan keseluruhan sebanyak RM507 juta untuk tahun ini.

Beliau juga berkata, projek penyatuan dan pemulihan kelapa sawit sehingga Mei tahun ini menyumbang 752,604 tan metrik berbanding 680,781 tan metrik dalam tempoh yang sama tahun lepas iaitu kenaikan sebanyak 9.54 peratus.

"Bagaimanapun, bagi penghasilan getah sehingga Mei 2013, ia mencatatkan 13.59 juta kilogram berbanding 15.837 juta kilogram pada bulan pertama tahun lepas, menurun sebanyak 16.47 peratus," katanya.

Sementara itu, penghasilan padi sehingga Mei tahun ini ialah sebanyak 20,185 tan metrik berbanding 19,117 tan metrik dalam tempoh sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 5.58 peratus, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan