Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Dakwaan Guru Mengeluarkan 'Kata-Kata Kesat'

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan bahawa pelajar tahun Satu dan pelajar lelaki tahun Dua di sekolah terkemuka di sini ditanya soalan mengenai apakah warna alat sulit mereka.

Pengerusi Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi; Datuk Md Yunos Husin berkata semua aduan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya.

"Saya berjanji akan meneliti perkara ini dengan sangat serius. Jika seorang murid membuat aduan tentang guru berkenaan, dia mungkin sengaja mereka-reka cerita namun jika terdapat sejumlah besar pelajar yang membuat dakwaan yang saya, kita akan meminta satu siasatan mendalam dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Md Yunos berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan yang diterima daripad beberapa ibu bapa.

Ibu bapa berkenaan mendakwa aduan rasmi mengenai kelakuan guru tersebut di sekolah berkenaan telah dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Yunos berkata siasatan terhadap guru disiplin yang didakwa melabelkan seorang pelajar berusia 12 tahun sebagai 'pelacur' juga sedang berjalan.

"Kita tidak akan membiarkan guru mengeluarkan kata-kata kesat. Ada masanya pelajar memang sukar dikawal namun ada cara yang boleh digunakan untuk menghukum mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan