Projek Kereta Api laju KL-S'pura Peringkat Akhir Penyediaan Laporan Daya Maju

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kajian daya maju mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura kini berada di tahap akhir penyediaan laporan, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukry berkata, kajian itu merangkumi penilaian terperinci aspek teknikal dan kejuruteraan, kos dan kewangan, operasi serta manfaat sosioekonominya.

Beliau turut memaklumkan jajaran projek itu meliputi 350 kilometer di sepanjang pantai barat Semenanjung dengan lima stesen pengantara di sepanjang jajaran dan dua terminal.

Kereta api berkelajuan tinggi itu juga bakal menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan ekspres dengan masa perjalanan 90 minit dan perkhidmatan transit dengan masa perjalanan 120 minit.

"Purata kelajuan dijangkakan 250 km/j," katanya dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Kluang).

Liew meminta Perdana Menteri memberi perkembangan dan maklumat terkini mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi itu, selain laporan terperinci mengenai projek MRT dari Johor Bahru ke Singapura.

Selain itu beliau juga ingin tahu anggaran kos pembinaan projek landasan berkembar KTM/Electric Train Service di selatan Semenanjung.

Menyentuh mengenai hal itu, Nancy berkata anggaran kos bagi pembinaan projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru ialah RM7.2 bilion, manakala projek MRT dari Johor Bahru ke Singapura masih dalam peringkat penyelesaian kajian daya maju. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan