Pelantikan Pengerusi PAC Penghargaan Kerajaan – Nur Jazlan - Berita Semasa | mStar

Pelantikan Pengerusi PAC Penghargaan Kerajaan – Nur Jazlan

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan Mohamed.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis sebagai penghargaan kerana telah berkhidmat sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selama tiga penggal.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mencadangkan kepada sidang Dewan Rakyat berhubung pelantikannya.

“Sesungguhnya, perlantikan sebagai Pengerusi PAC ini adalah penghargaan kepada saya yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen BN selama tiga penggal.

“Ia juga adalah pengiktirafan kepada kemampuan serta kebolehan saya selaku anggota 'backbenchers' Barisan Nasional yang diperlukan oleh kepimpinan negara untuk mempengerusikan PAC yang turut dianggotai ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Nur Jazlan turut mengucapkan terima kasih kepada sidang dewan kerana meluluskan pelantikan selaku Pengerusi PAC.

Katanya, tanggungjawab untuk menerajui PAC ini, adalah satu amanah rakyat yang besar dan berat dalam memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan lebih telus serta efisien tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Ia amat penting bagi memastikan persepsi ramai tanpa ada 'check and balance' dan sekaligus memastikan prosedur perbelanjaan kerajaan dipatuhi oleh semua pihak terbabit,” katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan