Muhyiddin Beri Amaran Jangan Cabar Kesucian Islam

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencabar dan mempersendakan kesucian Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin berkata perbuatan mempersendakan Islam seperti yang dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivin Lee baru-baru ini, semakin timbul kebelakangan ini yang dikhuatiri mencetuskan kemarahan umat Islam sekali gus menjejaskan hubungan kaum di negara ini.

"Kedudukan Islam tidak boleh dipersoal kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan negara. Saya bimbang kalau hal ini (persenda) berlaku sepanjang masa dan menjadi trend sehingga orang Islam tidak boleh bersabar lagi," katanya.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau parlimen berkenaan, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini Rabu.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Adun Bukit Serampang Ismail Mohamed.

Beliau berkata perbuatan kedua-dua pasangan itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan segera untuk mendakwa mereka perlu dilakukan memandangkan sudah ada bukti yang mencukupi.

Menurut Muhyiddin beliau amat menyokong tindakan segera terhadap mereka atau sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan seumpama itu kerana ia tidak boleh dibiarkan.

"Kita mesti tunjuk prinsip kita dalam mempertahankan kesucian agama. Kita mahu pastikan Islam tidak boleh dinodai oleh sesiapa," tegasnya.

Timbalan perdana menteri berkata agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri juga perlu mendidik orang ramai bagi membendung perbuatan sama daripada berulang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan negara memandangkan ada pihak menuduh sistem pendidikan negara sebagai punca tercetusnya perbuatan kedua-dua pasangan terbabit.

Kedua-dua pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan