Muafakat Tubuh Panel Peneliti Kaji Sistem Pendidikan Satu Aliran

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) telah menubuhkan satu panel peneliti untuk mengkaji dan membuat cadangan kepada kerajaan mengenai sistem pendidikan satu aliran.

Presidennya, Ismail Mina Ahmad berkata ini selaras dengan permintaan Muafakat supaya kerajaan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran sahaja di negara ini secepat mungkin untuk mencapai keharmonian dan perpaduan nasional.

Beliau menarik perhatian bahawa akhir-akhir ini terlalu banyak gejala negatif berlaku yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian agama, bangsa dan budaya di Malaysia.

"Satu daripada faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah sistem pendidikan kita yang pelbagai aliran, bentuk dan kurikulum," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ismail menegaskan sekolah satu aliran bukan perkara asing di dunia ini kerana negara-negara barat bahkan Indonesia, Thailand dan Singapura melaksanakan sekolah satu aliran sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Ismail membayangkan sekolah satu aliran menggunakan satu premis tempat belajar dengan semua pelajar pelbagai bangsa dan agama belajar bersama, sekaligus dapat berinteraksi dengan kerap dan akrab.

"Aliran ini ialah aliran kebangsaan yang menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai medium pembelajaran dan semua sekolah ini wajib menggunakan kurikulum yang disediakan Kementerian Pendidikan," katanya.

Ismail berpendapat sistem pendidikan pelbagai di negara ini sekarang adalah bercanggah serta tersasar jauh daripada Dasar Pendidikan Negara seperti yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman Talib.

"Sistem yang pelbagai ini tidak menjurus kepada perpaduan nasional bahkan semakin merosakkannya," katanya.

Menurutnya, pendidikan bukan sahaja bertujuan mencapai matlamat ekonomi tetapi juga mencapai perpaduan dan keharmonian, lebih-lebih lagi di Malaysia yang bersifat kosmopolitan.

Ismail menekankan bahawa dasar pendidikan sesebuah negara tidak boleh dijadikan komoditi politik dengan tawar-menawar murahan sebagai harganya.

"Hasilnya nanti akan merugikan, bahkan menghancurkan negara," katanya sambil menyifatkan pendidikan satu mekanisme penting dan instrumen berkesan dalam membina tamadun negara berteraskan keharmonian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan