KWSP Ketatkan Garis Panduan FMI Untuk Lindungi Pelaburan Ahli

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan garis panduan komprehensif untuk mempertingkatkan lagi pemantauannya terhadap Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik di bawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP), sebagai sebahagian usaha berterusan KWSP untuk melindungi simpanan persaraan ahli.

Garis panduan yang berkuat kuasa mulai 15 Julai 2013 adalah untuk memastikan IPD yang dilantik dan dana diluluskan yang ditawarkan oleh IPD beroperasi mengikut standard industri dan amalan pelaburan terbaik.

Timbalan ketua pegawai eksekutif untuk pelaburan Mohamad Nasir Ab Latif berkata garis panduan itu akan menyemai amalan terbaik yang lebih tinggi dan dengan jelas menggariskan peranan dan tanggungjawab IPD yang dilantik dalam menawarkan dana sebagai pilihan kepada ahli untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka.

"Sebagai pemegang amanah simpanan ahli, peranan utama KWSP adalah untuk memastikan semua dana yang layak dan IPD berkenaan mempunyai rekod prestasi yang konsisten serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan KWSP.

"Jika FMI gagal mematuhinya, tindakan tegas seperti denda, penggantungan atau penamatan akan diambil terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamad Nasir berkata di bawah garis panduan itu, IPD perlu memastikan proses dan prosedur yang betul disediakan bagi memastikan kelancaran pengagihan wang kepada waris sekiranya ahli yang menyertai skim itu meninggal dunia.

Antara bidang yang dikukuhkan adalah amalan pengurusan risiko, tadbir urus korporat dan pengurusan yang ketat untuk memastikan IPD mematuhi garis panduan tersebut.

Kini, terdapat 33 IPD yang dilantik untuk menguruskan pelaburan ahli di bawah SPA-KWSP dengan lebih 200 dana saham amanah yang diluluskan ditawarkan pada 2013/14. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan