Kedah Bakal Warta Fatwa Anti Syiah - Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan turut menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.

"Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah.

"Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Khamis.

"Kita terima aduan daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah. Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin," tambah Mukhriz.

Beliau berkata akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya.

Sementara itu beliau berkata soal pemberian cuti umum di Kedah bagi sambutan Thaipusam masih dalam perbincangan.

"Kita masih mencari kaedah yang terbaik bagi mendapatkan cuti Thaipusam kepada kaum India dengan melihat kuota cuti am dan produktiviti pekerja.

"Setakat ini kuota cuti am di Kedah sudah penuh, jadi kita akan cari jalan penyelesaiannya bagi menunaikan janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan