Jadikan Kes Alvin Tan, Vivian Sebagai Pengajaran - Ahmad Zahid - Berita Semasa | mStar

Jadikan Kes Alvin Tan, Vivian Sebagai Pengajaran - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu agama.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.

"Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan tidak boleh dikompromi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini, Khamis.

Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.

Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.

Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

"Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan," katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada sembilan pegawai dan anggota veteran JPAM serta 20 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan