Jabatan Peguam Negara Perjelas Tindakan Terhadap Alvin, Vivian - Berita Semasa | mStar

Jabatan Peguam Negara Perjelas Tindakan Terhadap Alvin, Vivian

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah pada Khamis kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

"Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.

"Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)" katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.

Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)" bersama logo Halal.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan