Empat Pejabat Imigresen Tidak Beroperasi Hujung Minggu Mulai Sabtu

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pejabat Imigresen di Perak, Melaka dan dua di Kuala Lumpur, tidak lagi beroperasi pada hujung minggu, mulai Sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata lokasi terlibat ialah Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jalan Duta), Pejabat Imigresen Wangsa Maju, Pejabat Imigresen Melaka (Air Keroh) dan Pejabat Imigresen Perak (Ipoh).

Perkhidmatan pejabat Imigresen itu akan dipindahkan masing-masing ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Sentul, Melaka, dan Perak, menurutnya dalam kenyataan di sini Khamis.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat perancangan awal untuk membuat pasport pada hujung minggu di tempat berkenaan.

Katanya, waktu operasi perkhidmatan UTC di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang dan akan beroperasi seperti biasa selepas bulan Ramadan, iaitu bermula 8 pagi hingga 10 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan