Dewan Rakyat Tolak Usul Rujuk Anggota Parlimen Simpang Renggam Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis menolak usul untuk merujuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akuan mencecah RM332 juta di luar negara termasuk di Israel, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Melalui undian belah bahagian, 107 anggota parlimen tidak menyokong usul itu manakala 60 menyokong.

Usul itu dibawa oleh Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) apabila Liang membuat dakwaan tersebut semasa sesi pebahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Liang menegaskan hujahnya itu berkaitan dengan soal keselamatan negara memandangkan adanya petanda kuasa dari luar mahu campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Sementara itu, sebelum menangguhkan mesyuarat pertama penggal pertama parlimen ke-13 pada 4.35 petang ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melahirkan rasa puas hati terhadap penglibatan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang yang menampakkan kebijaksaan dan kematangan ketika membahaskan isu-isu berbangkit.

"Sesungguhnya, mesyuarat penggal ini sedikit sebanyak telah mula menyaksikan bibit-bibit perubahan.

"Semoga transformasi ini akan terus dikekalkan pada sesi mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk sama-sama kita memartabatkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang dibanggakan," katanya.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung selama 16 hari bermula 25 Jun lepas.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke tarikh yang tidak ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan