Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan - Berita Semasa | mStar

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat malam Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 selepas dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa sejak Selasa.

Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM513,469,560 kepada beberapa kementerian dan jabatan sebagai perbelanjaan pembangunan tambahan pertama.

Antara kementerian dan jabatan yang terbabit ialah Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Kerja Raya.

Selain itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri.

Persidangan dewan bersambung hari ini. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan