BN Tetap Perintah Terengganu - Husam

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: PAS mengakui parti itu tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sasaran parti itu untuk mewujudkan 'DUN tergantung' 16:16 tidak akan menggugat penguasaan BN di negeri ini.

"Barisan Nasional tidak perlu bimbang, mereka tetap akan kekal berkuasa (di Terengganu)," katanya pada sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini, Khamis.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 iaitu BN dan pakatan pembangkang mempunyai bilangan kerusi sama banyak di DUN.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu) selepas PRU-13 lalu.

Menurut Husam, sasaran PAS menerusi moto '16:16 Terengganu Baru' bertujuan memastikan rakyat di negeri ini mendapat lebih manfaat daripada kerajaan menerusi sistem politik baru.

"Apabila berlakunya jumlah kerusi sama banyak dalam DUN, kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan sesuka hati.

"BN perlu duduk berbincang bersama-sama PAS sebelum meluluskan sesuatu dalam DUN," katanya.

Selain itu Husam yang juga Pengarah Pilihan PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, parti itu juga menyediakan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu.

"Rasuah dan politik wang yang hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak akan berakhir.

"Rakyat akan diberi pembelaan yang sewajarnya...jadi undilah calon PAS iaitu Che Long (Endut @ Azlan Yusof)," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pemberian tanah kepada empat pemimpin BN termasuk Datuk Seri Idris Jusoh, Husam memuji sikap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terbuka mengenai isu itu.

"Kami hormati kejujuran Ahmad. Penganugerahan tanah itu memang betul dari segi undang-undang tapi salah dari segi moral.

"Bagus bagi Ahmad untuk respon isu ini dengan cepat, tapi kita lihat Idris masih membisu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan